Kelas STEM – IoT Artificial Intelligence (Ai)

15 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 14 Jun 2024 telah diadakan satu kelas STEM – IoT Artificial Intelligence (AI) yang telah di laksanakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan Artificial Intelligence (Ai). Artificial Intelligence (Ai) atau kecerdasan buatan atau kebijaksanaan buatan merupakan kecerdasan dimiliki dan ditunjukkan suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana pemikiran manusia.

Di dalam kelas kali ini, para pelajar menggunakan laman Ai yang percuma untuk menghasilkan poster. Mereka perlu memasukan kata kunci bagi Ai ini menghasilkan poster dengan mengikut arahan yang telah diberikan. Apabila telah berjaya, hasil poster yang di jana oleh Ai akan di paparkan mengikut arahan tersebut. Di akhir kelas ini, para pelajar telah berjaya mengetahui dan juga memahami berkaitan dengan Artificial Intelligence (Ai).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali